Wednesday, August 10, 2011

Berpuasa tanpa solat ibadah sia-sia...

Berpuasa tetapi tak menunaikn solat..macammana tu?
mereka sanggup berlapar dahaga tapi tak sanggup menunaikan solat.Ada yang berpuasa tapi meninggalkn solat dan ada yg solat ketika bulan ramadhan je (ok la jugak drpd tak solat langsung).Pekara nie perlulah kita bimbang sebab takut nanti puasa dan sedekah yg diamalkan itu tak bermanfaat kepada kita kerana solat itu adalah TIANG AGAMA.Ada juga kalangan kita (masyarakat) menyuruh anak mereka berpuasa tapi biarkan mereka tidak solat.Selain itu,tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan serta menutup aurat.Yang lelaki pakai seluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa & yang perempuan pulak tidak memakai tudung.
Ada jugak perempuan yang tidak berpuasa dengan alasan kerana uzur syarie (haid dan nifas) sedangkan mereka malas utk berpuasa.
Rasulullah SAW bersabda " Siapa  tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta,maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum "
Tidak mahu sahur akan mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasullah yang bersabda maksudnya " Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat "
Abu hurairah berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik baik makanan sahur bagi org mukmin adalah kurma. "
Oleh itu,marilah kita sama muhasabah diri kita semula..semoga kita dapat meperbaiki puasa kita pd tahun nie dan menjadikan lebih baik drpd tahun2 lalu.





p/s: post kali nie agak nmpak mcm formal sikit...tapi itu semua tak penting,yang penting kita amek isi dan manfaat drpdnya..
-salam ramadhan- :)

No comments: