Friday, November 26, 2010

FinD tHe MeaNinG oF "LIFE"


,,,السلام عليكم
first of all,,want to tell you that im not a good blogger,not a good writer too,,,but i just want to share with you all about LIFE,,,ya ya,,,APA TUJUAN KITA HIDUP SEBENARNYA???tujuan ALLAH hidupkn kita dimuka bumi ini???
manusia makhluk yg istimewa berbanding makhluk2 lain kerana dikurniakan akal utk berfikir baik dan buruk,,
tp,adakah kita guna nikmat yg istemewa itu dgn SEBAIK2NYA???Allah perintahkn kita sebagai umat islam utk beribadah kpdNYA,meminta pertolongan kpdNYA,,,tp adakah kita sujud dan menadah tgn kpdNYA???
sedarkah kita bahawa kita adalah makhluk yg bongkak,meninggi diri,sombong dan sebagainya,,,,
secara realitinya,kita lihat remaja2 skrng,tidak jauh kita lihat shbt2 kita sndri adakah dia menunaikan kewajipan solat 5 waktu???apatah lg berdoa,berzikir,membaca al-quran dan sbgainya,,,apabila lihat di kad pengenalan ( ic )
status agama,beragama islam,,,,tapi kenapa tak solat???ADAKAH KITA NIE ISLAM YG DIFAKTORKAN ATAU HANYA ISLAM KETURUNAN???kita leka dgn nikmat dunia yg bersifat sementara,,,kita kejar nikmat dunia dan kita mnjadi lalai utk kita kumpul bekalan utk hari akhirat kelak....tidak perlulah menuding jari kepada mna2 pihak,tp kita lihat diri kita sndir,,JAHIL,HINA,,,sesungguhnya asal-usul manusia adalh drpd segumpal tanah yg hina,,,,tp mengapa kita masih tak mahu menyedarkan diri kita dan mencari cinta ALLAH S.W.T,,,,,
anak2 dilahirakn ibarat kain putih,,,ibu bapa yg bertanggungjwb mnjadikan anak itu yahudi,nasrani atau majusi,,,
saya mmg tak minat dgn keadaan skrng,,,islam ibarat dimundurkan,,,sedangkan Rasulullah mengambil masa yg lama utk mengembang agama Allah ini tp kita pd akhir zaman ini sbgai umat nabi Muhammad,umat islam,,MANA TANGGUNGJAWAB KITA???lemah betul iman kita,,,pernah terfikir utk cuba meningkatkan iman???alhamdulillah sekiranya mana yg ada,,,ketahuilah Allah itu maha pemurah,pengasih dan penyayang,,,,
manusia mudah lupa dan kita sepatutnya saling ingat mengingati sahabat2 kita utk menunaikan tanggungjawab sbagai umat islam...solat itu tiang agama,,,tinggalkan solat,,,tak bermkna hidup nie ,,,
so,saya mengingatkan diri sy sendri,dan kalian utk sama2 kita tegakkn agama ALLAH,,,




Friday, September 17, 2010

K0nV0i RayA 2010,,,gila cool lah,,,
















raya,,,raya,,,raya,,,,mmg setiap tahun kita akan menyambut syawal selepas sebulan berpuasa...dikatakan sambutan hari raya aidilfitri ini adalah merupakan hari kemenangan bg umat islam selepas sebulan beribadah di bulan ramadhan...umat islam juga disunatkan berpuasa enam hari dibulan syawal,dikatakan antara kelebihan puasa enam ini pahalanya lebih dari berpuasa di bulan ramadhan....hoho...itu sebagai muqaddimah je,,hehe
haaaaaaaaa,,,nk berkongsi cerita sikit di bulan2 raya nie,,,,kami telah berkonvoi beramai2,,haha...sebanyak 8 buah kereta,,,bnyak tu,,,boleh la dikatakan satu form join,,,,satu pengalaman yg amat best dan cool,,haha
kami bergerak dari yong peng ke batu pahat dan muar....4 buah rumah je yg dapat kami kunjung,,,,rumah ustazah hidayat dan ustaz zul,rumah ustaz muhammad dan ustzah nurul ain,ustazah zaihara,dan ustazah hanida....
kami bergerak around pukul 10 pagi dan betolak pulang pkul 7.30,,,,penat tu mmg penat tp enjoy la,,, sambil2 dapat jumpa kwn2 yg da pndah,,haha,,pape pn thanks to you all yg memberi kerjasama yg baik....thanks bnyak2 kpada sahabat MUHD DZULKHAIRI BIN AZMI coz berpenat lelah setting jadual n manage event nie,,hoho..
ANDA SEMUA MEMANG COOL....

post by Danial Harith...


Saturday, September 11, 2010

warna warni aidil fitri - gabungan artis

  • heloo..!slamt hari rye untk sume pngujng2 blog genesis92 niyh...di sini,kami ingin memohon beribu kemaafan andai terkasr bhasa,tersilp berbicara and trtanya tah pape...huhu...
  • hope that ukhuwah kte still kukuh even msg2 da mlnjutkan pengajian di tmpat  yg brlainan untuk mengejar cita2 msg2....
  • k..wish u all gud luck....
  • jge dri msg2 ok...
  • jgn men mercon...mriam boley...hahahaha
  • SELAMAT HARI RAYA
  • MAAF ZAHIR DAN BATIN...
  • wsalam....

Wednesday, September 8, 2010

sebahagian dari kami yang melanjutkan pelajaran ke IPT...

Muhammad syafiq bin samsuddin..
UNiSZA-tesl
  
 Mohammad danial harith bin sauzi ..
UiTM JOHOR-bisnes study

Maznazir mokhtar..
UiTm JOHOR-banking


Maznazim Mokhtar..
Politeknik Merlimau-electric engineering


 Mohamad mujib bin abd. Halim ..
UNiSZA-quran sunnah


 Muhd nur afiq bin rajab ..
 UNiSZA-quran sunnah

 Muhd nor faim bin kamal..
KUiM-diploma pengurusan & pentadbiran islamsha'ari(lawyer)

 Muhd nur izzat bin abd razak ..
uitm segamat


Munziri bin ali..
(IPG Sarawak)-pendidikan islam
transfer ke IPG kampus islam bangi

Akmaluddin bin fauzi..
(IPG kampus islam Bangi)-bahasa arab

Mohamed Hirul Fazli..
(IPG kampus islam bangi)-pengajian islam

Ahmad sallehudin bin zainal abiden..
UiTM JOHOR-akaun 

Jalaluddin bin mohamad ..
(marsah)-dip tahfiz

Fatin nur syafinas binti Hazmi..
UiTM JOHOR-banking




Siti Aisyah radziah..
(matrix Pahang)-akaun

Nur syafiqah binti md Nor ..
(Segi college)-nursing

Muhd firdaus bin abu bakar ..
(usim)-lawyer

Muhd saiful bahri bin sha'ari..
(usim)-lawyer



Saturday, September 4, 2010

selamat hari raye kepada semua warga dan ex_warga smapr....


selamat hari raye aidilfitri..maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat yang still idop kt bumi allah ni..lau ad brite pape ttg perjalanan keluar braye uma kgkwan, tlg la roger2,.,.hehe

Thursday, June 17, 2010

FoRmeR SmaPr o5-o9 aLuMNi

Tanggal 12 jun 2010....tercoretlah sebuah kenangan yg manis di memori genesis 92...
sebuah majlis yg sungguh meriah telah berjaya dijalankan...setelah berbagai2 dugaan dan ujian yg ditempuhi..Alhamdulillah dapat juge majlis ni diadakan..dimana objektif majlis ini adalah hanya ingin mengeratkn kembali hubungan sillaturrahim antara sesama...thanks bebanyak kpd sahabat2 genesisi 92 kerana telah memberi  sokongan dan sudi hadir dlm majlis ini...ANDA HEBAT!!!!KITA GENERASI HEBAT!!!GENESIS 92 HEBAT!!



             Target yg dak comel kecik tu..ZARIFA..hehehe
  KP owng kuat pn join mjlis..mmg HEBAT




ha...nie la mangsa keadaan...pape pn mnx maaf kpd kalian...SELAMAT ULANG TAHUN SAHABAT!!!
                                                    
Nuek...
                                                   
Nurita...


sebahagian ajk protokol yg bnyak membantu dlm mnjayakn mjlis nie...

sahabat2 yg sudi hadir mnjyakan mjlis nie


  KAMI GENERASI HEBAT!!

Friday, April 9, 2010

April Fool: Hari Umat Islam Dibunuh

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada  sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai  hari ‘April Fool’. April Fool  adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool  yang sebenarnya?

Sejarah AprilFool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak  sehebat  perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat  mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fooldengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Thursday, March 11, 2010

ReSuLt sPm 2oo9

11 mac 2o1o...erm agk berdebar hati dan jantung kami semua menanti tarikh keramat tersebut...hehe...keramat???kenape keramat???hehehe....result spm da keluar!!!keputusan nie lah yg menentukan mase depan kami semua...masing2 cuak,nerves apabile nk menjelangnye tarikh nie...ade yg tak bleh tdo mlm,ade yg mngharap dpt laptop hadiah dr skolah,ade gak yg da nangis2 sblm taw result cmner..haha.agk aneh apabile difikirkn...pape pn,result diumumkn selepas jam 10 pg...calon2 spm 2oo9 berkumpul di perkarangan smapr...Alhamdulillah syukur coz guru2 berbangge dgn keputusan kami.Menurut guru2 keputusn thn nie telah mncipta sejarah dlm diari SMAPR krn majoriti semua calon lulus dlm semua matapelajaran...Tahniah diucapkn...tahniah juga diucapkn kpd yg berjaya.Yg kurng berjaya harap jgn kecewa krn stiap perkara yg berlaku pasti ade hikmahnye...erm mcm gelagat yg brjaya disnap...hehehe







Friday, February 12, 2010

Sehari Di SmapR

11 Februari 2o1o.........pihak sekolah memberi pelepasan kpd semue pelajar maahad johor utk pulang ke kmpung halaman sempena cuti tahun baru cine.......oleh itu,sempatlah kami bermlm stu hari di Smapr coz nk melawat warga smapr yg drindui...huhu.Kebetulan plak time tu ihtifal sukan peringkat sekolah blum habis...so smpat lah kami join mjlis penutup sukan sekolah...dlm pd mse yg sme...smpat lah kami memosingkn diri ini dpn kamere...hohoho




New Life Genesis 1992 at MAAHAD JOHOR...

Menjelang 5 januari 2o1o maka bermulalah sebuah kehidupan yg baru bg kami di Maahad Johor..
Kehidupan baru di bumi maahad johor merupakan stu pengalaman yg bru bg kami krn suasana dan peraturan yg berbeza-beza....pd mulenye agk janggal n ssh utk ikot...tp lme2terbyase...walawbagaimanapun nama SMAPR tetap teguh terpahat di benak fikiran kami...huhuhu