Friday, October 14, 2011

menjejakkan kaki ke Menara Gading..

bermula september lepas , ramai la dikalangan kami menjejakan kaki ke universiti.majoritinya sambung dalam Malaysia je tapi ex-smapr ni kabonye hebat2kan jadinya ada la jugak yang sambung kat negara timur tengah.(bangge bunyinya kan?agagaga~
tujuan meng'update' ni bkn nak bermegah bkn nak menunjuk tapi nak ngabo kat sume je niatnye.
syukur Alhamdulillah & setinggi-tinggi tahniah diucapkan utk semua.kat bwh ni nak cite la pasal mereke2 yg ke IPTA/S :


pada mereka yg ke luar negara(mcm gah bunyinyer) hikhikhik ...







-Dzulkhairi (al-azhar,mesir)
-Azreen (jordan)
-Liyana Baharuddin(jordan)
-Anees Farhan (mesir)



  


gerangan mereka yang ke universiti tempatan :



-Hajar
-Aishah Md Zan
-Syafinaz
-Safura




-Iqbal








 -Hadi
-Afiq Abu Khair
-Naim











-Farhana Yahya
-Farhana Mohamed
-Filzah
-Nurrita
-Izzaty
-Fatin Johar
-Eyqa
-Amir Firdaus
-Syafiqah Hisham
-Sumaayah
-Asmah
-Syafiqah Rahim(qiqi)
-Fitriah
-Firdaus
-Saiful bahri
-Husna Ruslan









-Qureen
-Zafira
-Wan Syafikah
-Nurul Hidayah (yewt)
-Zairiyza(jay)
-Adibah


IPG :

-Akmal
-Marina
-Afifi
-Munziri


 uniSZA :

-Fatiha Adila
-Farah Izyan
-syafiq (jaer)
-afiq rajab
-mujib



MARSAH:

-Nani
-Najwa


UITM :

-Den
-Salleh
-Fatin syafinas
-Nazir
-Izat
-Hamizah
-Aisyah subari


UPNM:

-Muhammad Taufiq Bin Mohd Zain





Thursday, August 11, 2011

Uniknya Seorang wanita...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Sifat Seorang Lelaki..

assalammualaikum kawan2...urmmmm post kali nie agak sensitif dan melibatkan soal hati dan perasaan.sifat seorang lelaki.macammna ye sifat seorang lelaki sebenarnya??.hehe..
bagi kaum perempuan,harap bersabar dan jadikanlah info nie sebagai panduan dan pengajaran utk korang..
Jom kita sama2 baca info yang hangat ini:


  • Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap..'Emm..tengoklah dulu'..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari 'maafkan saja.' Kebanyakan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. 
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!


Wednesday, August 10, 2011

Berpuasa tanpa solat ibadah sia-sia...

Berpuasa tetapi tak menunaikn solat..macammana tu?
mereka sanggup berlapar dahaga tapi tak sanggup menunaikan solat.Ada yang berpuasa tapi meninggalkn solat dan ada yg solat ketika bulan ramadhan je (ok la jugak drpd tak solat langsung).Pekara nie perlulah kita bimbang sebab takut nanti puasa dan sedekah yg diamalkan itu tak bermanfaat kepada kita kerana solat itu adalah TIANG AGAMA.Ada juga kalangan kita (masyarakat) menyuruh anak mereka berpuasa tapi biarkan mereka tidak solat.Selain itu,tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan serta menutup aurat.Yang lelaki pakai seluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa & yang perempuan pulak tidak memakai tudung.
Ada jugak perempuan yang tidak berpuasa dengan alasan kerana uzur syarie (haid dan nifas) sedangkan mereka malas utk berpuasa.
Rasulullah SAW bersabda " Siapa  tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta,maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum "
Tidak mahu sahur akan mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasullah yang bersabda maksudnya " Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat "
Abu hurairah berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik baik makanan sahur bagi org mukmin adalah kurma. "
Oleh itu,marilah kita sama muhasabah diri kita semula..semoga kita dapat meperbaiki puasa kita pd tahun nie dan menjadikan lebih baik drpd tahun2 lalu.





p/s: post kali nie agak nmpak mcm formal sikit...tapi itu semua tak penting,yang penting kita amek isi dan manfaat drpdnya..
-salam ramadhan- :)

Monday, August 8, 2011

Kayfa ha luk Ya Ramadhan..

Bulan ramadhan adalah bulan yg mulia drpd bulan2 islam yg lain kerana di dlmnya terdapat pelbagai sejarah yg tercipta pd zaman Rasulullah..
Antara kelebihan bulan ramadhan adalah :
1) Tertutupnya pintu neraka &terbuka luas pintu syurga.
2) Syaitan dibelengu & dipenjarakn.
3) Terjadinya malam lailatul qadar.
4) Turunnya kitab suci al-quran.
5) Bulan utk menyucikan diri drpd dosa.

Kesimpulannya kawan2...bulan ramadhan merupakan peluang kita utk mengubah diri kita yg sedia hina disisi Allah ini utk meningkatkn iman dan takwa kpd Allah. :)
Selamat beramal...semoga tahun ini bkn kali terakhir kita berjumpa dgn ramadhan..INSYAALLAH..

Sunday, April 24, 2011

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan (",)

MAAHAD JOHOR :)
Telah mejadi kenang-kenangan bila ketika  MAAHAD JOHOR telah pun mencecah
usia yang ke-50 tahun...congrates ya ! ! 


Dan paling menjadikan ia ingatan sepanjang zaman apabila MAAHAD JOHOR telah pun
mengadakan MAJLIS JUBLI EMAS serta MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 
yang berlaku dengan gilang-gemilangnya  pada hari sabtu bertarikh 23/4/2011..
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu2 VVIP serta bekas2 pelajar maahad..


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN..
Majlis di mana menghargai hasil usaha pelajar2 MAAHAD JOHOR dalam menghadapi
STAM pada tahun 2010 serta MUET ... Sekalung tahniah diucapkan kepada bekas2 pelajar 
Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang mendapat anugerah ! Anda telah membanggakan 
cikgu2 di SMAPR ! Keep it up frenz !



                                                               




















Dengan usaha yg tinggi tidak mustahil untuk seseorang itu berjaya. .
Jadi,pada sesiapa yang tidak berjaya,tidak mungkin anda akan gagal untuk 
selama-lamanya...Berusahala ! :)
Anda mampu mengubahnye...

tidak dilupekan kepada sahabat2 kita yang sedang menghadapi test,
chayo` ! !
do the best among the best ya :)


Admin juga berharap agar kita tidak akan terpisah walaupun masing2 mngejar cita2...
Keikhlasan Puncak Persahabatan Kekal ! ! !
Semoga masing2 diberi rezeki untuk mencapai ape yang diingini di masa hadapan :)
Kejarlah Ilmu Sehingga Ke Negeri China . .
Wish u all the best !
SeniorSmapr09 will always the best ! :)


  

Saturday, April 2, 2011

Orang tak tau speaking english nie dikira BODOH ke????

haaaaaaaaaa....hangat kan tajuk nie???yeeeeeeeeeeeee....mmg tgh hangat tjuk nie...sama mcm tgh hangat panas nya hati nie....kadang2 rasa tak puas hati gila pn ada gak!!!!!!!!!!!!!npe zaman skrg nie kena dan perlunya bahasa inggeris???bahasa inggeris pada zaman sekarang nie dianggap penting gila utk teruskn hidup dlm era zaman skrng nie.Negara kita pn dah convertkn sesetgh subject utk ditukar ke bhs inggeris...Tp kerajaan tak penah fikir ke yg mna org2 yg kurang ada basic dlm bahasa inggeris dr kecik nk terus kn idup???
kadang2 rasa mcm dipinggarkn pn ada gak!!!npe tak pentingkan bhasa melayu je????dlu sekolah pn belajar bhsa melayu...npe mesti nk ikut tradisi barat??npe????sebab melayu mundur???bahasa melayu mundur??
tak sedar ke klu semua nk bhs inggeris,hbis generasi akan dtg sorang pn tak reti ckp melayu...
keturunan melayu tp tak reti ckp melayu...NMPAK SANGAT NK ROSAKKAN BNGSA SENDIRI!!!!
OTAK KOTOR!!!!!!!!!!!!!!!!!



Saturday, February 5, 2011

keputusan STAM 31 Januari....

 
~sebaik je akhbar ni tersiar,semua calon STAM 2010 mula menunjukkan kerisauan..yg menangis tak berhenti p0n ada..hehe..maklum la,takut..tp semua tu normal la bg manusia yg normal..btl tak?hehe..semua pn mule menghitung hari mengenangkan result nk keluar..mau tak kecut perut bila tibe hari tu..doa yg dipanjatkan sekian lama & usaha yg berterusan bkl menunjukkan hasil sbntr lg..
tiba juga 31 januari..murid yg dr pelbagai pelusuk negeri johor mule menuju ke 1 tmpt iaitu..Maahad Johor..
emm,ni nk cite pulak psl kejayaan pelajar2 yg aslnya dr Sek. Men. Agama Pt. Raja..
Alhamdulillah..ramai dikalangan smaprian yg melakar sejarah di MJ..
antara kalangan mereka ialah...
MUHAMMAD DZULKHAIRI AZMI..
NUR AZREEN MOHD. ZALI..
SITI HAJAR ISMAIL..
MOHAMAD SYAHRUN RASIB..
NURUL FATIHAH ADILAH MOHD SUKRI..
SYAFINAZ SAPARUDIN..
FARIS IZUDDIN ZAHARI..
SITI SUMAYYAH SAADON..
NOR EFFA DIYANA AFANDI..
NUR SAFURA SALLEH..
MUHAMMAD AFIFI ABU BAKAR.. 
FARAH IZYAN MESNI..
NOR AISHAH MD ZAN..
hmm,tahniah bg yg berjaya..semoga kalian semua terus cemerlang bersama bidng msing2..
tak lupa juga bg yg lain2..kalian juga yg terbaek..mgkin rzki kat tmpt lain..spe tau kn??
hehe..lepas ni,bkal bergelar pelajar universiti pulak..insyaALLAH..
mudah2n di permudahkan segala urusan..teruslah pandang kehadapan & mencipta kejayaan demi kejayaan.. 
selamat berjuang semua..~